Isnin, 18 Disember 2017

How To Clean Your Face in a Right Way

Hi Hi...Beauty Gojes out there...sudah lunch?? saya belum lagi..hehe..
saya nak share sket tips utk kita semua sebagai wanita..let's go..

Ok petang2 nie sis nak kongsi tips cuci muka dengan betul...

How To Clean Your Face In a Right Way?

Langkah 1. Cuci Tangan
Ingat selalulah cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa anda sedar banyak bakteri yang melekat di tangan kita, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran terdapat pada tangan akan berpindah pula ke wajah kita. Gunakan sabun dan cuci tangan sebersih-bersihnya.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah kita juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin ada pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika kita membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka. Gunakanlah eye makeup remover Mary Kay. Ia berformula lembut dan amat sesuai dengan segala jenis kulit. Bersihkanlah bahagian mata terlebih dahulu dan diikuti bahagian bibir.

Langkah 4. Basahkan Muka
Percikkan sedikit air ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan dapat membersihkan muka kita lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka/cleanser
 Letakkan sedikit pembersih di hujung jari tengah , letak di 5 dot. ( dahi, hidung, 2 pipi & dagu. seratakan seluruh muka dan  usapkan secara lembut  dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dagu, hidung, pipi, dahi dan  leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar/membulat selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa pencuci tak terasa lagi di wajah kita. Gunakan air bersih. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Langkah 7. Gunakan Penyegar / toner
Adalah sangat disarankan menggunakan penyegar setelah mencuci muka. Penyegar berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan/ dap2 penyegar secukupnya ke wajah dengan kapas yang bersih.then user misturizer.

muaahhh ciked😘
Aniza Nasiha
Beauty Consultant Mary Kay
01110035714

Tiada ulasan:

Catat Ulasan