Rabu, 27 Disember 2017

KENALI JENIS KULIT WAJAH

Assalamualaikum beauty gojes.. selamat petang.. sibuk sungguh hujung-hujung tahun begini kan..
lagi 4 hari kita akan melangkah ke tahun baru 2018..
apa azam tahun baru anda?? kalau macam saya ingin maju ke hadapan dalam dunia kecantikan Mary Kay bersama wanita-wanita hebat yang tak pernah kenal erti penat lelah mencari sesuatu dalam kehidupan seharian.. begitu juga dengan saya, saya ibu kepada 3 orang cahaya mata..2 lelaki dan seorang perempuan..bukan senang nak capai matlamat dalam setiap kehidupan kita ini.. ok petang-petang ini saya nk sharing sket tips psl kulit muka kita.. let's go...




 Di sini saya senaraikan beberapa jenis kulit muka, yang berkemungkinan ada pada diri anda sekarang..

 JOM KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA 😍

Bagaimana Cara Untuk Tentukan Jenis Kulit?
🌹Ada 3 cara untuk tentukan jenis kulit, sama ada guna CERMIN/ TISU/ JARI..

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Kenal Jenis Kulit?
🌹CUCI MUKA
⭐️Buang segala makeup dan kotoran pada wajah menggunakan pencuci muka anda. Biarkan wajah segar.

🌹TUNGGU HINGGA 2 JAM
⭐️Jangan gunakan sebarang produk penjagaan wajah dalam tempoh tersebut, biarkan kulit dalam keadaan normal.

🌹APA YANG ANDA LIHAT?
⭐️Ambil tisu @ lihat wajah anda depan cermin, sentuh guna jari yang bersih.

⭐️Jika dilap dengan tisu & tiada sebarang tompokan @ minyak, tengok cermin nampak bersih & tiada kilatan, rasa dengan jari, kulit lembut & lembab, tahniah, kulit anda NORMAL!

⭐️Jika dilap dengan tisu, tiada sebarang perubahan, tengok cermin tiada kilatan & nampak tegang, rasa dengan jari bersisik & menggelupas, itulah kulit KERING!

⭐️Lap dengan tisu, ada lekatan minyak, tengok cermin, nampak bersinar-sinar kat dahi dan hidung, pegang dahi & hidung rasa melekit, pegang pipi rasa tegang, yang ni biasanya kulit KOMBINASI!

⭐️Jika dilap dengan tisu, nampak banyak tompok pada tisu, tengok cermin nampak berkilat seluruh wajah, pegang dengan jari rasa 'berlengas @ berlemuaih', itulah kulit BERMINYAK.

Haaaa, dah dapat tangkap sikit-sikit kan? Jom kita tengok Ciri-Ciri Setiap Jenis Kulit ni pula yer..lets make it short! nak yang long, boleh whatsapp Niza nanti 😂

🌷KULIT BIASA/NORMAL SKIN🌷
❤️Kulit paling baik, di mana pengaliran sebum & peluh adalah seimbang
❤️Tidak berkilau
❤️Liang roma bersaiz biasa
❤️Kulit tampak sejuk & segar
❤️Rasa anjal
❤️Jarang dihinggapi jerawat
❤️Kurang garis ekspresi & kedutan
❤️Kurang masalah blackhead, whitehead & masalah lain

🌷KULIT KERING/DRY SKIN🌷
💛Biasanya sensitif & halus/nipis di bahagian epidermis
💛Kering & kadangkala berkeping
💛Liang roma sangat kecil
💛Tampak nipis & kurang lembap
💛Kurang berjerawat
💛Mempunyai jeragat
💛Garis ekspresi & kedutan yang dalam

🌷KULIT KOMBINASI/COMBINATION SKIN🌷
💚Sebahagian kulit muka kering & sebahagian lagi berminyak, kadang-kadang bercampur dengan kulit normal
💚Berkilau & berminyak di Zon-T (dahi, hidung)
💚Kering pada Zon-U (pipi,sebahagian dagu)
💚Kadangkala mendapat jerawat
💚Liang roma kelihatan

🌷KULIT BERMINYAK/OILY SKIN🌷
💙Mengeluarkan minyak yang berlebihan akibat aktiviti kalenjar lemak pada kulit
💙Keseluruhan wajah berkilau
💙Terasa berminyak/melekit di seluruh wajah
💙Sering mendapat jerawat
💙Tiada garis ekspresi & kedutan pada wajah
💙Liang roma besar
💙Tekstur kulit kelihatan tebal





Yeayyy, tahniah sebab berjaya baca sampai habis & rajin cari ilmu..
Orang laki pun kena take note tau... ikuti cara penjagaan wajah mengikut urutan seperti dalam gambar di bawah..



Love,💋💋
Aniza
Beauty Consultant Mary Kay
01110035714


Tiada ulasan:

Catat Ulasan